Thursday 18 September 2014

Resipi: Daging Merah Berlada Versi Ibu Tercinta


Salam

Dulu kalau teringin masakan ibu terus call bagitau lepas tu weekend balik dah boleh makan (kulim-penang tak sampai sejam dah sampai kan :p)
 tapi sekarang mane boleh balik tiap minggu sebulan sekali pun belum tentu, jauh kan *sobssobss*
So, kalau teringin ape2 sekarang ana akan call ibu mintak resipi. Walaupun tak sesedap air tangan ibu tercinta, janji rasa tu ade.hehee

Macam baru-baru ni ana teringin sangat nak makan daging merah berlada yang ibu selalu buat dulu, serius sangat sedap plus pedas *kiteorang peminat makanan pedas yang tegar*
Ana call tanya ibu bahan dan cara masak lepas tu check semua bahan ade so zasss terus masak.
dan hasilnya.....
-
-
-
-
-
-
-
-
-
tadaaaa

Daging Merah Berlada Versi Ibu Tercinta

Incik hubby bagi 4.8/5 star yo!
Kembang semangkuk la cik isteri ;p


Meh ana share resipi so that, in future ana pun tak lupa resipi dia.hehee


Bahan yang diperlukan:

1. Daging 
2. Daun kesum
3. Serai - 1 batang (dititik)
4. Lada hitam (kasar) - 2 sudu besar
5. Garam
6.Gula

Bahan untuk dikisar:

4. Cili kering - 10 tangkai
5. Bawang besar - 2 biji
6. Bawang Putih - 3 biji
7. Halia - 1 inci
8. Serai - batang

Cara memasak:

1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan serai hingga garing (pecah minyak).
2. Masukkan lada hitam dan daun kesum, masak hingga wangi.
3. Kemudian masukkan daging dan masak sehingga daging lembut *boleh tambah air kalau suka berkuah*
4. Perasakan dengan garam. Tambah gula kalau terlalu pedas ok :)


Happy cooking!


Tuesday 16 September 2014

Happy Malaysia Day



Happy Malaysia Day

We Love you!

Friday 12 September 2014

Resipi: Double Choc Brownies


Salam

Curi masa update blog kejap ^^
Minggu ni ana rasa bizi mengalahkan perdana menteri manage perihal rumahtangga, anak dan juga bisnes kecil-kecilanku yang baru menapak. 
*syukur alhamduliliah atas rezeki yang dikurniakan*

Entry kali ni ana nak share resipi double choc brownies yang simple, sesuai untuk orang yang takde mixer macam ana :p


Before baking

Ready untuk di makan :)


Bahan-bahan yang diperlukan:

1. Chocolate - 180g
2. Butter - 100g
3. Serbuk koko - 1/4 cawan
4. Telur gred A - 2 biji
5. Gula halus - 1 cawan
6. Esen vanila - 2 sudu kecil
7. Tepung superfine - 3/4 cawan
8. Baking powder - 1/4 sudu kecil
9. Chocolate chip - 1 cawan


Cara  penyediaan:

1. Pre-heat oven pada suhu 170'C.
2. Cairkan chocolate, butter dan serbuk koko guna kaedah double boiler.
3. Kacau telur, gula halus dan esen vanila hingga sebati.
4. Masukkan chocolate yang telah dicairkan tadi sambil kacau perlahan.
5. Kemudian, masukkan tepung superfine dan baking powder ke dalam aduan tadi dan kacau perlahan.
6. Tuang separuh chocolate chip ke dalam aduan.
7. Tuangkan aduan ke dalam loyang yang dialas dengan baking paper.
8. Taburkan lebihan chocolate chip ke atas aduan.
9. Bakar selama 30 minit (bergantung pada oven masing-masing)

Tips: Nak tahu brownies dah masak atau belum? cucuk dengan lidi, kalau takde aduan yang melekat pada lidi, maksudnye brownies dah masak :)


Happy baking!!!












Monday 8 September 2014

Picnic & Potluck @ Taman Layang-layang Kepong with bff #farahfarhana


Salam

Alhamdulilah semalam dapat jugak ber'picnic' dan ber'potluck' dengan bff ana, #farahfarhana.
Kiteorang plan jumpa kat taman layang-layang kepong pukul 5 petang tapi disebabkan jammed teruk start dari batu caves, pukul 6.30 petang baru sampai sana.huhuu

No wonder la jammed, kebanyakkan kete nak pegi taman layang-layang tu, dari empat lane jadi dua lane sebab orang parking kat tepi jalan mrr2.hohoo
Mula incik hubby try masuk parking kat dalam taman layang-layang tu tapi end up keluar dengan kekecewaan. Packed sangat, mostly orang dah double park.
Time keluar tu kebetulan ade satu kete nak keluar, so nasib kiteorang baik tak payah la jalan jauh sangat.hehee




Fara bawak lontong...sangat sedap! teringat2 lagi ni haa akan kesedapan lontong fara.
*dear, next time nak lontong lagi..hehee*
Since fara dah bawak heavy food, incik hubby suggest bawak dessert like puding or brownies. 
Mula ana nak buat trifle puding tapi sebab tak pernah buat kang jadi lain pulak so decide buat double chocolate brownies. Ana bawak sekali dengan dulang sebab dah lambat, pukul 4.30 petang baru siap bakar brownies, keluar dari oven terus masuk kete.heheee..baru fresh from oven :p

Kiteorang duduk situ sampai 7.15 malam, kejap je jumpa tapi takpe next time kita plan lain maybe picnic kat pantai pulak ke.hehee


P/s: nak resipi double chocolate brownies tak? nanti ana buat entry khas k :)









Sunday 7 September 2014

Mixed Feeling


Salam

Little princess dah tido, ana yang tak bole tido, rasa sebak, sedih dan macam2 rasa lagi :(
Start minggu ni little princess dah tak 'bergayut' dengan ana lagi sampai tertido, lepas dia minum susu kenyang2 dia akan suruh ana tepuk2 bontot dia untuk tido. 

Sedih sebab selama 2 tahun ni dia tido 'bergayut' dan berpeluk dengan ana and suddenly dia dah taknak macam tu. Dulu ana ingat ana akan rasa lega bila dia tak 'gayut' lama2 tapi rupanye salah...ana rasa sedih sangat. Rasa macam dah tak diperlukan lagi even i know little princess love me sooo muchhh tapi still rasa sedih :( 
Masa berlalu dengan pantas..pejam celik pejam celik little princess dah besar.huhuu
Ana harap sangat ana dapat jadi ibu & kawan terbaik buat little pincess.


Sekian luahan perasaan di tengah malam ahad.

Good night & sweet dream readers!


Friday 5 September 2014

Happy 2nd Birthday Baby


"Happy birrthday to you,
Happy birthday to you,
Happy birthday to Mardhiya
Happy birthday to you.."

Semoga sayang jadi anak yang solehah, penyayang, baik hati, 
berjaya dunia dan akhirat, diberi kesihatan yang baik,
sentiasa diberkati dan diredhai Allah s.w.t 

Mummy love you so much baby!


Fresh from the womb at 1.52am, 5 september 2012


Thursday 4 September 2014

Toys R Us Clearance Sale!!!


Happy shopping mummies!


Wednesday 3 September 2014

WW: Harta Dunia Akhirat


Mummy sayang awak sangat!!!
 Semoga awak jadi anak yang solehah, berjaya dunia akhirat
dan sentiasa diberkati Allah swt.

Tuesday 2 September 2014

Happy Birthday Sayang

Happy Birthday Sayang!

Semoga sayang sentiasa diberi kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan
dan diberkati Allah.
Terima kasih atas segalanya sayang.
Semoga ikatan cinta kita hingga ke syurga. 

Mummy and Dhiya love you to the moon and back!

Monday 1 September 2014

Come back!!!

Salam 

Fuhh..banyak betul sarang dalam blog ni..huhu
 After balik dari holiday bulan april hari tu mood nak menulis ke laut plus macam-macam hal yang terjadi yang sangat me'limit'kan diri untuk menulis.
InsyaAllah ana akan review pasal our holiday bulan april hari tu. 
Actually banyak sangat benda nak share, hope kali ni lebih rajin menulis. Doakan ye :)

Ana bagi sekeping dulu ye teaser holiday hari tu :) 


Love this picture to the max!!! 

Cantik tak view dia? 

Nak tengok lagi? 

Tunggu ana review ok! :p



P/s: Minggu ni birthday my lovely hubby and daughter, ana dah plan short escape..hope my loves happy and enjoy!!!

Wednesday 9 April 2014

Finally..





Wednesday 2 April 2014

Counting....



Thursday 27 March 2014

Drama Queen: Gigi oh Gigi!!!

Salam

Sape takut jumpa dentist? hehe..Bole geng dengan ana *sepp sikit*


 Credit to: Google


Al-kisahnye gigi geraham bawah bahagian kiri ana dah terpatah dua..sobs..sobs..
Dah lama dah sebenarnye tapi dek kerana ketakutan yang melampau nak jumpa dentist asyik bertangguh ajo. Tambahan pulak tak sakit jadi ana fikir takpe la dulu, bole tahan lagi ni.hahaa

Lama-lama fikir punya fikir, tak bole jadi ni kena jumpa dentist takut nanti lagi teruk macam mana, ana pun memulakan research (jangan ingat buat degree ade research nak jumpa dentist pun kena jugak tau untuk orang penakut macam ana ni :p )

Ana dah shortlistkan 2 klinik yang ana rasa ok dari segi pengalaman, review orang lain dan muka ala2 mak sikit (penyayang gitu). Ni klinik yang menarik hati ana:

Klinik Pergigian di Bangsar – Dr Halina
7A, Tingkat 1, Lorong Ara Kiri Satu,
Lucky Garden, Bangsar,
59100 Kuala Lumpur.
Tel: 03 2092 1002
Fax: 03 2092 1762

dan

Klinik Pergigian Nooriah
No. 2755, Grd. Floor,
Jalan Changkat Permata,
Taman Permata, 53300 K.L
Tel: 03-41086001
  Fax: 03-41086001


Last, ana pegi klinik pergigian nooriah sebab tak jauh sangat dengan rumah ana, nak ke bangsar tu malaih sebab takut jem kat depan sekolah cina berdekatan midvalley tu.

First time (rabu, 29/1) ana pegi ade doktor lain, doktor nooriah hanya untuk yang buat appointment.
 Staff kat kaunter cakap doktor nooriah boleh walk in (w/out appointment) pada hari isnin, selasa dan khamis sahaja dari pukul 9 pagi - 1 petang.

So, ana pegi keesokkan harinye (khamis, 30/1), ana sampai pukul 830 pagi dapat no8.huhuu..Pukul 10.30pagi baru dapat masuk bilik doktor.
Lepas, dokter check semua, doktor Nooriah suggest buat scaling dulu. Next appointment baru cabut gigi yang dah terbelah tu.huhuu
Ngeri dengar bunyi mesin scaling tu..sepanjang tu memang pejam mata aje la. Tapi pas scaling tu rasa bestnye, rasa bersih je gigi dan paling penting tak sakit :D

Dah settle payment semua, staff kat kaunter tu tanya bila nak datang appointment, ana cakap takpe nak walk in je, malas nak appointment sebab ana kena ikut time cuti incik hubby yang tak fixed every week. Kalu ana pegi sendiri memang tak dapet la, takde sape nak menjaga little princess.huhuu

Two months after scaling baru la ana menyerah diri untuk dicabut gigi
*nampak tak betapa penakutnye disitu..agaknye masa nak bersalin dulu kalu bole tunggu lagi memang nak je tunggu..akan tetapi dah overdue 11 hari confirm la kena serah diri kan..eh lari topik pulak*

Dek kerana musim jerebu yang melampau dan risaukan kesihatan little princess, ana pegi klinik hari jumaat (14/3) pagi sebab time tu nampak jerebu dah kurang sikit. Sampai2 ade sorang je tengah tunggu. Doktor yang bertugas hari tu Dr Nurul. Doktor ni sangat best, masa dia nak inject ubat bius serius tak rasa langsung jarum tu padahal kena bius dua tempat kot. Every time dia buat keje mesti baca bismillah dulu, rasa selamat dan tenang je paling penting tak rasa sakit sikit pun.hehee

Kesimpulannye, mari lah kita minum susu setiap hari *jangan skip ye* untuk tulang dan gigi yang kuat especially mummy yang breastfeed anak. Memang silap ana sebab dari dulu tak minum susu, masa preggy pun asyik skip je, lepas bersalin tengok susu sebelah mata je.. tak sedap! Sekarang ana minum anlene concentrate coklat, tak bole nak skip lagi demi tulang dan gigi ku,huhuu




















Tuesday 25 March 2014

Salam Takziah & Al-Fatihah MH370



Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un

Al-Fatihah kepada semua ahli crew dan penumpang MH370.Semoga Allah mengampuni segala dosa dan merahmati mereka yang telah pergi. 

Takziah kepada semua ahli keluarga crew dan penumpang MH370. 






Monday 24 March 2014

Ceritera Hujung Minggu: Kenduri di Jerantut, Pahang & Shopping di Aeon Big

Salam 

Semalam (ahad) ana attend wedding kawan incik hubby kat jerantut, pahang. 
Kiteorang gerak dari umah pukul 10.30 pagi (agak lambat jugak la sebab bangun lambat plus incik hubby turun basuh kete dulu, kotor katanye..huhuu)

Disebabkan tak sempat nak breakfast kat umah, on the way nak pegi tu kiteorang singgah McD taman melati (ikut mrr2), beli breakfast dengan isi minyak skali kat petronas tepi McD tu. Tok tet tok tet kat situ je dah 20-25minit. Kiteorang budget sampai umah kenduri pukul 1.30petang sebab biasanye pengantin akan datang dalam pukul 1.30 petang kan. Little princess sangat behave masa pegi tu, kenyang makan hashbrown pastu pulak dapat nenen lama2, memang feveret dia la.hehee

Kiteorang sampai umah kenduri pukul 1.30 petang, rupanye agak lambat sebab tak ramai orang dah, kat sana kenduri habis awal.huhuu
Tapi takpe, yang penting dapat jumpa pengantin :)
Pengantin yang tolong hidang untuk kiteorang, spesel tak?hehe


Selamat pengantin baru & Semoga berbahagia hingga ke syurga

Dari timur ke kl banyak sangat kete..masa balik ni little princess kemain aktif lagi, fuhhh mencabar.
Terlebih gula agaknye sebab ana ade bagi pepero almond kat dia sebatang.hahaa


Banyak kete time baik kl :(

Sampai kl dalam pukul 5.30 petang, sempat lagi singgah Aeon Big konon2 nak jalan tengok2 luggage saiz 20' skali terjumpa sharp plasmacluster murah, diskaun rm200 ok. Ape lagi incik hubby terus on nak beli demi little princess tersayang. Nanti dah pakai ana review ok :)






Thursday 20 March 2014

Alhamdulilah..little princess makin sihat

Salam

Alhamdulilah malam ni little princess dah makin sembuh dari viral fever dan roseola infantum.

Dah nak minum air masak..dah tak nangis tanpa sebab lagi..
Tapi masih manja nak melekat dengan mummy aje.
Takpe lah anak asalkan kamu sihat.


My sweetheart..I LOVE U!

Next entry ana update kronologi little princess kena viral fever dan info pasal roseola infantum.

Good night & sweet dream :)

Sunday 16 March 2014

Little princess kena amik darah :(


Little princess dah 3hari demam suhu 39.8'C..Pukul 3 pagi tadi ana ajak incik hubby pegi hospital check darah little princess. Kawasan rumah ana dah la kawasan 'hot' denggi.huhu


Alhamdulilah result darah little princess -ve denggi.
Doktor kata little princess demam virus.sobs..sobs..
Kl jerebu teruk before ni, alhamdulilah dah 2 hari hujan turun even kejap, at least udara bersih sikit. Kalu tak jerebu masuk sampai dalam rumah :(


Semoga anak mummy cepat sembuh, nanti boleh kiss mummy banyak2 macam slalu :D


Thursday 13 March 2014

#prayforMH370


Wednesday 12 March 2014

Madu BAHAYA pada bayi bawah setahun!


Kebanyakan daripada kita percaya bahawa madu adalah makanan yang sangat berkhasiat.Namun tidak ramai yang tahu madu tidak selamat diberikan kepada bayi yang berusia bawah satu tahun.

Ini kerana madu mengandungi spora dari sejenis bacteria bernama “clostridium botulinum” yang akan menyebabkan penyakit yang sangat merbahaya iaitu “Botulism Bayi”.

Spora ini sukar dibunuh,tahan panas walaupun dididihkan untuk beberapa jam atau melalui proses penapisan.

Usus bayi merupakan persekitaran yang sesuai untuk spora ini membiak dan menghasilkan sejenis toksin.Toksin ini akan diserap masuk ke dalam usus bayi yang masih tidak matang dan menyebabkan “botulism”.

Botulism akan menyerang sistem saraf bayi dan akan menyebabkan bayi tersebut kabur pandangannya, kelopak mata tertutup sedikit (droopy eyelid) dan mengalami kesulitan semasa bernafas dan menelan air liur. Ia juga akan menyebabkan muntah-muntah, cirit-birit dan sakit badan.

Apa yang akan berlaku sekiranya bayi mendapat “botulism”?

Terdapat sesetengah kes botulism bersifat ‘sederhana’,dan sesetengah lagi bersifat ‘merbahaya’ sehingga menyebabkan kematian.Kemuncak umur untuk penyakit ini ialah 2 hingga 4 bulan.Tetapi risiko tetap ada pada umur 1 minggu hingga 11 bulan.

Secara kesimpulannya madu tidak digalakkan diberikan kepada bayi berusia bawah satu tahun.


Tuesday 11 March 2014

Motherhood


Monday 24 February 2014

Bila nak tambah anak???




Selalunye kalau orang tanya 'bila nak bagi dhiya adik???' 
atau 
'bila nak tambah anak???'
 ana akan jawab 'nanti dulu, mummy nak manja dengan dhiya lagi' 


Tapi................
bila incik hubby yang tanya and bagi hint macam nak baby lagi
 mula la ana rasa gelabah.hahaa
Bukan ape, ana rasa macam tak sedia nak ade anak lagi since little princess manja sangat.
Almost everytime nak berpeluk, berdukung..ana memang kena bagi full attention kat dia. Tak dapat bayang bila dia ade adik nanti.


Lagi satu, sebab ana rasa ana tak bersedia dari segi mental dan emosi..hahaa..
Ana ni bukanlah seorang yang penyabar sangat.
Little princess masa before umur setahun dia tak suka tido, siang tak tido langsung malam tidonye pukul 2-3 pagi. Ana rasa mencabar dan stress jugak la waktu tu.huhuu


Ana kagum dengan ibu ana yang tersangat penyabar. Dulu masa ana kecik, start pukul 12 tengah malam sampai 5 pagi ana akan menangis je non stop, buat la ape pun takkan stop nangis.
Tengok ibu dulu kurus sangat. 
*Terima kasih ibu jaga na, sayang ibu* 


After discuss dengan incik hubby baik2, kami sepakat untuk menambah ahli keluarga pada tahun 2015 which is next year la.hehe

Tapi kan.....
kalu pregnant next year atas dari bulan 4 baby akan jadi baby 2016. Nampak macam lama lagi, sempat la hilang fobia jahit masa bersalin.
Boley macam tu? apa2 je la ye ;p















Wednesday 19 February 2014

Save The Date: My Dear Warehouse Sales


My Dear Warehouse Sales


Date: 27 Feb 2014 - 9 Mar 2014
Time: 9.00 am - 7.00 pm
Venue: No 34, Jalan Meranti Jaya 10, Meranti Jaya Industrial Park, Puchong







Saturday 15 February 2014

Bila anak taknak makan..

Salam

Sekarang ni little princess taknak makan langsung sampai ana rasa give up masak
 tapi tak nak makan..last buang je.
Bila nak suap je mulut dia tutup rapat sambil geleng kepala taknak. Kalau berjaya suap pun diluahnye balik.
Bagi makan sendiri pun dia lebih prefer main je, takde pun yang masuk mulut.
Haiii la anak, mummy risau sangat ni

Bab menyusu little princess memang kuat menyusu, tiap 30 minit atau sejam mesti cari ana nak 'nenen'.
Ana takut dia tak cukup nutrien since depend kat susu je, setahu ana setahun keatas kene makan untuk dapatkan nutrien yang cukup.
 In law suruh consult dengan doktor maybe boleh bagi vitamin tambah selera makan. 

Mommies, any suggestion macam mana nak bagi anak suka makan?
Thanks in advance :)


Wednesday 12 February 2014

Quote of the day



Sunday 9 February 2014

Penang: Misi Berjaya

Salam

Isnin baru ni ana balik penang 4h3m. Tujuan utama balik nak celebrate birthday ibu (4/2) dan adik li (5/2). Sejak kahwin, ni first time balik celebrate. Masa tahun 2012 ana keje kat melaka lagi so susah nak balik, last year pulak incik hubby kene keje. Kebetulan pada hari kejadian incik hubby cuti dapat la balik penang. 

Alhamdulilah jalan clear since kami balik hari isnin tapi jalan dari utara ke selatan jemnye teruk especially kat area sg perak-terowong. 

banyaknye kete nak ke selatan

Hari selasa (4/2) kiteorang pegi jalan kat queensbay cari hadiah and kek kat ibu. Petangnye, lepas amik ibu balik keje terus shoot pegi teluk tempoyak, incik hubby ngidam nak makan ikan bakar kat situ.


Muka happy ayah dapat ikan bakar teluk tempoyak.hehe

Malam tu kiteorang keluarkan kek buat surprise kat ibu and li.hehee..Yang kelakarnye, si li dah tahu awal ade kek dalam fridge dan dia yang tolong pasangkan lilin :p


Happy Birthday ibu & li..Love u :-*

Hari ketiga kat penang, ana ajak incik hubby pegi batu feringgi teringin nak bagi little princess main pasir. Sebelum ni little princess tak nak pijak pasir, nangis2 angkat kaki. Incik hubby pun amik kesempatan ni main layang2.hehe 

Ayah tengah ajar little princess cara buat layang2 ;p
Tengah betukan layang2 yang patah akibat panas
letak dalam kete

Yeay, misi berjaya! 

Tengok tu little princess jauh betul berjalan,
taknak pegang tangan padahal awal2 tu geli nak pijak pasir 


Little princess with papa yop (adik ana yang bongsu)
Plan asal nak balik kl lepas subuh tapi terlajak pukul 10 baru gerak sebab kesian nak kejutkan little princess yang nyenyak sangat tido. Letih main kat pantai la tu.hehee 
InsyaAllah ade masa bole balik penang lagi, kali ni nak singgah kulim pulak jumpa kawan baik ana masa keje kat kulim dulu. 



Friday 7 February 2014

MARRIAGE is a SCHOOL


Marriage is a school where you get the certificate before you start. 

A school where you will never graduate. 

A school without a break or a free period. 

A school where no one is allowed to drop out.

A school which you will have to attend every day of your life.

A school where there is no sick leave or holidays. 

A school founded by the Almighty:
1. On the foundation of love, 
2. The walls made of trust,
3. The door made of acceptance, 
4. The windows made of understanding. 
5. The furniture made of blessings. 
6. The roof made of faith. 

Before you forget, you are just a student not the principal. The Almighty is the principal.
Even at times of a storm, don’t be unwise and run outside.

Remember this school is the safest place to be. 

Never go to sleep before completing your assignments for the day. 

Never forget the C-word, communicate, communicate, communicate with your classmate and with the Principal.

If you find something in your classmate (spouse) that you do not appreciate, remember your classmate is also just a student not a graduate. The Almighty is not finished with him/her yet, so take it as a challenge and work on it together. 

Do not forget to study, study, study the Noble Book (the main textbook in this school). 

Start each day with a sacred assembly and end it the same way.

Sometimes you will feel like not attending class, yet you have to.

When tempted to quit find the courage and continue. 
Some tests and exams may be tough but remember the Principal knows how much you can bear.  Still, it is one of the best schools on earth; joy, peace and happiness accompany each lesson of the day. 

Different subjects are offered in this school, yet love is the major subject. 

After all the years of being theoretical about it, now you have a chance to practice it. 

To be loved is a good thing, but to love is the greatest privilege of them all. 

Marriage is a place of love, so love your spouse but remember: “This class doesn't involve a person who is not permitted into it”! If you invite your mother or father or your friends to this class,   or anyone who is not allowed to be there, you will fail the exam. 
It is you who should attend and it is you who will pass. 

Its your choice today:” build it or break it”. 


**This delightful poem about marriage shared by Dr Halina**

Thursday 6 February 2014

Save The Date: Big Bad Wolf Fireball Book Sale


Hi all book fans,

Big Bad Wolf is returns on 15 February until 23 February 2014 at MIECC.
Every books has 85% - 95% discount!!!


Happy Shopping &  Happy Reading 



Saturday 1 February 2014

Majlis Pertunangan Mirul & Dilla


Salam

Happy Weekend!

Petang tadi ana & incik hubby attend majlis bertunang bff incik hubby, Mirul di kediaman pasangannya (dilla) di ampang. Should be kami berkumpul pukul 2 di petronas jalan ampang, akan tetapi kiteorang lambat sampai. So, rombongan cik kiah pihak lelaki bergerak dulu. *sorry korang*

Masa sampai rumah dilla wakil pihak lelaki dan perempuan tengah berbincang. Alhamdulilah majlis berjalan dengan lancar. Cantik pelamin, hantaran dan baju cik dilla. Rindu plak zaman masa sibuk2 planning tunang and kahwin dulu.

Selamat ber'darah manis' buat mirul & dilla. 


Barisan hantaran dari laki (hijau) dan perempuan (biru purple)


Semoga jodoh korang hingga ke syurga.Amin :)

Wednesday 29 January 2014

Yes, It's me!



Monday 27 January 2014

Kidzoona @ Aeon AU2

Salam

Last week incik hubby nak cari barang kat mr diy @ aeon au2 setiawangsa, so ana pun denga rela hati  meng'offer' diri untuk ikut.hehee 
Incik hubby layankan aje since dah faham wife dia ni suka bebeno berjalan :p

Masa mula sampai aeon, little princess ok lagi masih nak berdukung tapi bila dah masuk dalam mr diy lebih kurang 5 minit, mula la dia meronta nak turun, nak berjalan taknak pegang tangan.
 Gaya macam dah besar ok, jalan sambil tengok barang pastu namak mummy ikut belakang lari
*pitam mummy mengejar kamu nak oii*

Dek kerana kepenatan mengejar little princess, ana bawak little princess masuk kidzoona. Alhamdulilah tak ramai kids sebab weekday kan. Bayaran masuk rm5 (weekday) & rm10 (weekend) per entry, tak kisah la nak duduk berapa lama dalam tu. Ana duduk dalam sejam sebab mummy boring little princess mainnye kejap selebihnye dia suka jalan2 pusing2 tengok2 je.


Mummy,  tengok la dhiya tengah drive ni..mummy nak naik sama?

muka takut + pelik + hairan ;p

Masuk je kete nak balik baru la little princess mintak susu pastu terus tertido kepenatan. Mana tak penat, lepas keluar kidzoona, little princess sambung berjalan tolak troli shopping barang dapur pulak *ikut sape la suka berjalan ;p*





Friday 24 January 2014

Maternity & Children Expo @ Midvalley

Salam 

Maternity & Children Expo  is back. Yeay!!

Tempat: Midvalley Exhibition Centre
Tarikh: 24 - 26 Jan 2014 
Masa: 10 am - 9 pm

Sejak pregnant and now dah ade little princess, ana memang tak lepas peluang terjah expo baby.
Suka sangat tengok barang baby yang super duper cute.hihii
Kali ni, nak borong diapers since stock diapers kat rumah dah nak habis.  


Ok, jom pegi reramai memeriahkan lagi suasana kat expo ni.
Jumpa esok :)

Thursday 9 January 2014

Resipi: Sherperd's Pie

Salam

Sherperd's pie ni antara menu yang ana suka buat sebab senang dan sedap.hehee
Lepas tu, kira macam all in one..segala protein, carbohydrate semua dalam satu dish plus sambil tunggu sherperd pie masak terbakar dalam oven, ana boleh kemas dapur dulu.hihii

Resipi asal ana ambil dari buku resipi dan olah sendiri ala2 masterchef (rancangan feveret tak bole miss :D) sebab certain bahan takde kat rumah  dan malas nak keluar pegi beli.

Bahan inti:

300g daging kisar
1 ulas bawang besar *
1 ulas bawang putih *
1 biji tomato *
1 batang carrot *
5 biji cendawan butang (hiris nipis)
1 sudu makan tepung jagung 
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu kecil daun parsley kering
1/2 kiub stok ayam
2 sudu makan minyak 
Garam secukup rasa

Bahan Pai:

5 biji kentang US
2 sudu makan mentega
1 sudu teh lada sulah
Garam secukup rasa

Cara penyediaan:

Inti:
1. Potong dadu semua bahan yang bertanda *
2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar sehingga wangi.
3. Masukkan daging kisar dan sedikit air. Kacau sehingga daging masak.
4. Masukkan  tomato, cendawan butang, carrot, lada hitam, stok ayam dan daun pasley kering. Kacau rata.
5. Lepas semua bahan tadi masak baru masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau sehingga masak

Pai:
1. Rebus semua kentang dengan sedikit garam (ana guna kentang us anggaran masa merebus dalam 10minit).
2. Lenyekkan kentang dengan mentega dan lada sulah.
3. Masukkan sedikit kentang ke dalam bekas remekin/aluminium foil dan ratakan.
4. Masukkan inti dan tutup dengan kentang balik (kentang --> inti --> kentang).
5. Masukkan bekas remekin/al foil dalam oven (suhu: 180'C) selama 30 minit. Siap dihidang :)











Wednesday 8 January 2014

WW: Saya Dah Besar!


Saya dah besar la mummy..nak pegi skool bole?




Friday 3 January 2014

Resipi: Sambal Ketam Bertelur

Selamat Petang




Bahan-bahan:

3 ekor ketam saiz sederhana
2 ulas bawang besar *
3 ulas bawang putih *
1 batang serai *
1 inci halia *
15 tangkai cili kering *
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap
1 biji telur (kacau sedikit)
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Asam jawa
3 sudu besar minyak 


Cara penyediaan:

1. Kisar semua bahan yang bertanda * hingga halus.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
3. Masukkan sos tomtato, sos tiram, kicap dan air asam jawa dan tunggu sehinga mendidih
4. Masukkan ketam dan gaul rata
5. Perasakan dengan garam dan gula kemudian masukkan telur bila ketam hampir masak
5. Masak sehingga ketam dan telur masak.
6. Tutup api dan boleh hidangkan :)

Selamat Mencuba!






Thursday 2 January 2014

Just Smile!



Wednesday 1 January 2014

Hello 2014