Friday 29 November 2013

Pureen Warehouse Sales


Salam Mommies

Pureen warehouse sales kembali lagi.

Venue: Lot 6, jalan 19/1, 46300 PJ
Date: 30 Nov - 1 Dec (Sat & Sun)
Time: 10.00am - 6.00pm

Jom shopping!


Wednesday 27 November 2013

WW: Magis


"Yang tak masuk akal boleh berlaku di sini!"

Saturday 23 November 2013

AirAsia Free Seat is back!

Salam

Happy saturday all

AirAsia ade buat promo free seat lagi.yeay!
Promotion start pukul 12.00 am @ 25 nov 2013.
Sape2 yang suka travel nanti bolehlah terjah website AA awal2 sebab biasanye kalau free seat ni very limited and cepat sangat habis. Sape tak suka free ye dak?hehe 

Jom holiday :)



Friday 22 November 2013

Resipi: Fruity Ice Lolly

Salam reader

Korang suka makan aiskrim tak?
Ana and incik hubby suka sangat makan aiskrim jarang sangat putus stock kat rumah. Mane taknye tiap minggu beli barang dapur mesti beli sekotak aiskrim.hahaa

Sejak akhir2 ni little princess dah pandai nak mintak rasa time mak bapaknye makan. Tak bagi nangis bebeno.huhu..So, ana pk kena buat sendiri ni guna buah-buahan which is no sugar added and lagi bagus sebab dapat khasiat dari buah tu, paling penting sesuai untuk semua lapisan umur.hehee

Bahan-bahan:
1. Kiwi
2. Apple fuji
3. Anggur

Cara penyediaan:
1. Buang kulit dan biji semua buah (kecuali kiwi, jenuh nak buang kan..hihi)
2. Hiris kiwi dan anggur nipis2 dan susun dalam bekas aiskrim (ana beli bekas aiskrim kat daiso..murah ajo 5 hinggit)
3. Blend apple sampai halus (macam buat jus)
4. Tuang jus apple dalam bekas aiskrim tadi

Dah siap, senang kan? Letak la dalam freezer at least 8-9jam pastu dah bole makan.yeay!





Thursday 21 November 2013

Hingga ketemu lagi

Salam

Apa khabar semua? Semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera.
Sekarang ana dekat penang, my sweet hometown..balik sini hari isnin, esok petang dah nak balik kl balik..tak seronok..tak seronok :(
Malam ni malam last dekat sini, tak dapat tido so kita update la blog.hihi

Entry kali ni lebih kepada luahan perasaan ana yang rindu sangat dengan tanah kelahiran sendiri.ececee..ayat tak boleh tahan :p

Walaupun 3 malam kat sini tapi rasa macam kejap sangat. ingat balik ni dapat la pegi pesta pulau pinang skali next week isnin (25.11.2013) baru start bukak. padahal masa duduk sini tak teringin pun nak pegi pesta, bila duduk jauh skali skala balik semua bende teringin nak buat dan pegi.

Semalam ana dan family just jalan2 kat gurney paragon (mall baru bukak kat penang), nak balik singgah makan mee sotong kat padang kota lama yang memang sedap.Sape2 datang penang mesti p try mee sotong ni k..bukak setiap hari kecuali ahad.

Hari ni pulak plan nak bawak little princess main laut plus incik hubby nak main layang2 skali bila sampai batu feringgi hujan.sobsob..terbantut program tapi takpe la hujan kan rahmat.hehe..Pastu ape lagi kita pegi jjcm kat area situ. Dek kerana teringin nak makan laksa maka kita cari tempat laksa sedap (kedai depan tropical spice garden) Ana siap makan 2 mangkuk lagi, al maklum la setahun pantang laksa lepas bersalin hari tu. Harap2 la little princess ok malam ni.risau jugak dia kembung perut ke ape since little princess masih fully breastfeed. Lepas tu, kiteorang gerak g bukit jambul sebabnye adinda tersayang terketaq nak handphone baru.huhuu

Program esok sebelum balik nak singgah sunshine square shopping baju little princess, dekat situ baju murah plus cantik.brand pun ok macam pureen, anakku etc. So kalau balik penang memang antara tempat wajib pegi sunshine square untuk shopping.hehee

Sedihnye nak balik esok..rindu family rindu penang yang best..semoga kita ketemu lagi ye.insyaAllah awal tahun depan balik lagi :) Ok la, nak pegi tengok budak manja, nanti jaga mummy takde sebelah nangis merambu airmata.huhuu

Gud nite and sweet dream all!

Thursday 14 November 2013

Resipi: Choc Lava Cake

Hi,

Yeay, sape yang teka pasal resipi semalam sila tepuk tangan untuk diri sendiri sebab betul ;)
Kenapa update pasal resipi lagi? sebabnye ana suka sangat makan cake,cookies etc jadinye secara tak langsung suka baking. Jangan lepas ni berat badan makin bertambah dah.huhu..dah la ana ni jarang sangat nak bersenam.hehe

Ok, here we go for the recipe yang super duper senang and sedap.

Bahan-bahan:
1. Chocholate - 170g
2. Butter - 60g
3. Telur gred A - 3 biji
4. Gula Kastor - 2 sudu makan
5. Esen Vanila - 1/2 sudu teh
6. Tepung gandum  - 1 sudu makan
7. Serbuk Koko - 1 sudu makan

Cara penyediaan:
1. Pre-heat oven pada suhu 180'C.
2. Cairkan chocholate dengan butter guna kaedah double boiler.
3. Kacau telur, gula kastor dan esen vanila sampai kembang.
4. Masukkan chocholate yang telah dicairkan tadi sambil kacau perlahan.
5. Masukkan serbuk koko dan tepung gandum kedalam campuran tadi dan kacau sehingga sebati.
6. Tuangkan kedalam bekas remekin yang dah digris dengan butter.
7. Bakar selama 15minit.
8. Siap untuk dimakan. Lagi sedap hidangkan dengan eskrem vanila.memang terbaik la.hehe..


Before masuk oven

Ni la rupanye choc lava cake lepas keluar dari bekas remekin


Jangan tanya mana gambar lavanye?tak sempat nak bergambar dah selamat masuk perut dulu.hehe

Ok, selamat mencuba ye kawan2 :)

Wednesday 13 November 2013

Rabu dengan sedikit kata

Salam

Semoga semua reader berada dalam keadaan sihat dan gembira selalu :)
Fuhh..dah seminggu tak berblog,huhuu.. Bukan taknak berblog, banyak sangat nak cerita and share tapi akibat internet tetibe buat hal tambah pulak kekangan masa jadinye hari ni baru sempat bukak blog kesayangan. hehe
Stay tune for next update ye (Hint: something sweet)

p/s: haa, cepat teka..sape betul esok tepuk tangan.hehe



Thursday 7 November 2013

Resipi: Choc Mars Bar

Salam

Hari ni ana nak share satu resipi yang simple,tak perlu masuk oven dan yang paling penting
sedap.hehee..Cara buat lebih kurang macam kek batik aka kek biskut marie je.












Bahan yang diperlukan:
1. Butter - 100g
2. Choc Mars - 5 bar saiz kecil ataupun 3 bar saiz standard
3. Rice Bubbles - 3 mangkuk kecil
4. Cadbury Milk (topping) - 1 bar saiz besar
5. Butter (topping) - 30g

Cara penyediaan:
1. Cairkan butter (100g) bersama dengan choc mars dalam pan (api sederhana ye kalau tak hangus nanti)
2. Masukkan rice bubbles dan kacau rata sehingga semua rice bubbles fully coated.
3. Lepas dah siap, masukkan coated rice bubbles tadi ke dalam loyang atau bekas sambil tekan2 perlahan.
4. Untuk topping, cairkan coklat cadbury milk dengan butter (30g) guna kaedah double boiler.
5. Lepas dah cair coklat cadbury tadi, boleh la tuang dalam bekas/loyang yang ade rice bubbles tadi.
6. Boleh terus ngapp Simpan choc mars bar dalam fridge sejam untuk bekukan topping.

Yeay dah siap..senangkan? So, ape lagi jom buat lagi petang nie,hehee :)

Selamat mencuba!




Wednesday 6 November 2013

Wordless Wednesday


credit to GCM

Monday 4 November 2013

Salam Awal Muharam

Selamat menyambut awal muharam buat semua umat islam.

Semoga Allah memberi rezeki dan kesihatan yang baik serta ditingkatkan keimanan kita semua.InsyaAllah.


Love,
Mrs Dann

Sunday 3 November 2013

Salam Perkenalan

Selamat berkenalan semua.

Actually dah buat blog ni lama dah since 2012 lagi. Masa tu tengah pregnant little princess, tujuan asal blog ni nak abadikan kenangan/pengalaman mengandung/bersalin little princess tapi sedihnye tak tertulis. Hanya rajin blogwalking je. InsyaAllah nanti akan try recall and story kat sini nanti. Ok la, jumpa lagi nanti. Bye!