Thursday 27 March 2014

Drama Queen: Gigi oh Gigi!!!

Salam

Sape takut jumpa dentist? hehe..Bole geng dengan ana *sepp sikit*


 Credit to: Google


Al-kisahnye gigi geraham bawah bahagian kiri ana dah terpatah dua..sobs..sobs..
Dah lama dah sebenarnye tapi dek kerana ketakutan yang melampau nak jumpa dentist asyik bertangguh ajo. Tambahan pulak tak sakit jadi ana fikir takpe la dulu, bole tahan lagi ni.hahaa

Lama-lama fikir punya fikir, tak bole jadi ni kena jumpa dentist takut nanti lagi teruk macam mana, ana pun memulakan research (jangan ingat buat degree ade research nak jumpa dentist pun kena jugak tau untuk orang penakut macam ana ni :p )

Ana dah shortlistkan 2 klinik yang ana rasa ok dari segi pengalaman, review orang lain dan muka ala2 mak sikit (penyayang gitu). Ni klinik yang menarik hati ana:

Klinik Pergigian di Bangsar – Dr Halina
7A, Tingkat 1, Lorong Ara Kiri Satu,
Lucky Garden, Bangsar,
59100 Kuala Lumpur.
Tel: 03 2092 1002
Fax: 03 2092 1762

dan

Klinik Pergigian Nooriah
No. 2755, Grd. Floor,
Jalan Changkat Permata,
Taman Permata, 53300 K.L
Tel: 03-41086001
  Fax: 03-41086001


Last, ana pegi klinik pergigian nooriah sebab tak jauh sangat dengan rumah ana, nak ke bangsar tu malaih sebab takut jem kat depan sekolah cina berdekatan midvalley tu.

First time (rabu, 29/1) ana pegi ade doktor lain, doktor nooriah hanya untuk yang buat appointment.
 Staff kat kaunter cakap doktor nooriah boleh walk in (w/out appointment) pada hari isnin, selasa dan khamis sahaja dari pukul 9 pagi - 1 petang.

So, ana pegi keesokkan harinye (khamis, 30/1), ana sampai pukul 830 pagi dapat no8.huhuu..Pukul 10.30pagi baru dapat masuk bilik doktor.
Lepas, dokter check semua, doktor Nooriah suggest buat scaling dulu. Next appointment baru cabut gigi yang dah terbelah tu.huhuu
Ngeri dengar bunyi mesin scaling tu..sepanjang tu memang pejam mata aje la. Tapi pas scaling tu rasa bestnye, rasa bersih je gigi dan paling penting tak sakit :D

Dah settle payment semua, staff kat kaunter tu tanya bila nak datang appointment, ana cakap takpe nak walk in je, malas nak appointment sebab ana kena ikut time cuti incik hubby yang tak fixed every week. Kalu ana pegi sendiri memang tak dapet la, takde sape nak menjaga little princess.huhuu

Two months after scaling baru la ana menyerah diri untuk dicabut gigi
*nampak tak betapa penakutnye disitu..agaknye masa nak bersalin dulu kalu bole tunggu lagi memang nak je tunggu..akan tetapi dah overdue 11 hari confirm la kena serah diri kan..eh lari topik pulak*

Dek kerana musim jerebu yang melampau dan risaukan kesihatan little princess, ana pegi klinik hari jumaat (14/3) pagi sebab time tu nampak jerebu dah kurang sikit. Sampai2 ade sorang je tengah tunggu. Doktor yang bertugas hari tu Dr Nurul. Doktor ni sangat best, masa dia nak inject ubat bius serius tak rasa langsung jarum tu padahal kena bius dua tempat kot. Every time dia buat keje mesti baca bismillah dulu, rasa selamat dan tenang je paling penting tak rasa sakit sikit pun.hehee

Kesimpulannye, mari lah kita minum susu setiap hari *jangan skip ye* untuk tulang dan gigi yang kuat especially mummy yang breastfeed anak. Memang silap ana sebab dari dulu tak minum susu, masa preggy pun asyik skip je, lepas bersalin tengok susu sebelah mata je.. tak sedap! Sekarang ana minum anlene concentrate coklat, tak bole nak skip lagi demi tulang dan gigi ku,huhuu




















1 comment: