Thursday 27 March 2014

Drama Queen: Gigi oh Gigi!!!

Salam

Sape takut jumpa dentist? hehe..Bole geng dengan ana *sepp sikit*


 Credit to: Google


Al-kisahnye gigi geraham bawah bahagian kiri ana dah terpatah dua..sobs..sobs..
Dah lama dah sebenarnye tapi dek kerana ketakutan yang melampau nak jumpa dentist asyik bertangguh ajo. Tambahan pulak tak sakit jadi ana fikir takpe la dulu, bole tahan lagi ni.hahaa

Lama-lama fikir punya fikir, tak bole jadi ni kena jumpa dentist takut nanti lagi teruk macam mana, ana pun memulakan research (jangan ingat buat degree ade research nak jumpa dentist pun kena jugak tau untuk orang penakut macam ana ni :p )

Ana dah shortlistkan 2 klinik yang ana rasa ok dari segi pengalaman, review orang lain dan muka ala2 mak sikit (penyayang gitu). Ni klinik yang menarik hati ana:

Klinik Pergigian di Bangsar – Dr Halina
7A, Tingkat 1, Lorong Ara Kiri Satu,
Lucky Garden, Bangsar,
59100 Kuala Lumpur.
Tel: 03 2092 1002
Fax: 03 2092 1762

dan

Klinik Pergigian Nooriah
No. 2755, Grd. Floor,
Jalan Changkat Permata,
Taman Permata, 53300 K.L
Tel: 03-41086001
  Fax: 03-41086001


Last, ana pegi klinik pergigian nooriah sebab tak jauh sangat dengan rumah ana, nak ke bangsar tu malaih sebab takut jem kat depan sekolah cina berdekatan midvalley tu.

First time (rabu, 29/1) ana pegi ade doktor lain, doktor nooriah hanya untuk yang buat appointment.
 Staff kat kaunter cakap doktor nooriah boleh walk in (w/out appointment) pada hari isnin, selasa dan khamis sahaja dari pukul 9 pagi - 1 petang.

So, ana pegi keesokkan harinye (khamis, 30/1), ana sampai pukul 830 pagi dapat no8.huhuu..Pukul 10.30pagi baru dapat masuk bilik doktor.
Lepas, dokter check semua, doktor Nooriah suggest buat scaling dulu. Next appointment baru cabut gigi yang dah terbelah tu.huhuu
Ngeri dengar bunyi mesin scaling tu..sepanjang tu memang pejam mata aje la. Tapi pas scaling tu rasa bestnye, rasa bersih je gigi dan paling penting tak sakit :D

Dah settle payment semua, staff kat kaunter tu tanya bila nak datang appointment, ana cakap takpe nak walk in je, malas nak appointment sebab ana kena ikut time cuti incik hubby yang tak fixed every week. Kalu ana pegi sendiri memang tak dapet la, takde sape nak menjaga little princess.huhuu

Two months after scaling baru la ana menyerah diri untuk dicabut gigi
*nampak tak betapa penakutnye disitu..agaknye masa nak bersalin dulu kalu bole tunggu lagi memang nak je tunggu..akan tetapi dah overdue 11 hari confirm la kena serah diri kan..eh lari topik pulak*

Dek kerana musim jerebu yang melampau dan risaukan kesihatan little princess, ana pegi klinik hari jumaat (14/3) pagi sebab time tu nampak jerebu dah kurang sikit. Sampai2 ade sorang je tengah tunggu. Doktor yang bertugas hari tu Dr Nurul. Doktor ni sangat best, masa dia nak inject ubat bius serius tak rasa langsung jarum tu padahal kena bius dua tempat kot. Every time dia buat keje mesti baca bismillah dulu, rasa selamat dan tenang je paling penting tak rasa sakit sikit pun.hehee

Kesimpulannye, mari lah kita minum susu setiap hari *jangan skip ye* untuk tulang dan gigi yang kuat especially mummy yang breastfeed anak. Memang silap ana sebab dari dulu tak minum susu, masa preggy pun asyik skip je, lepas bersalin tengok susu sebelah mata je.. tak sedap! Sekarang ana minum anlene concentrate coklat, tak bole nak skip lagi demi tulang dan gigi ku,huhuu




















Tuesday 25 March 2014

Salam Takziah & Al-Fatihah MH370



Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un

Al-Fatihah kepada semua ahli crew dan penumpang MH370.Semoga Allah mengampuni segala dosa dan merahmati mereka yang telah pergi. 

Takziah kepada semua ahli keluarga crew dan penumpang MH370. 






Monday 24 March 2014

Ceritera Hujung Minggu: Kenduri di Jerantut, Pahang & Shopping di Aeon Big

Salam 

Semalam (ahad) ana attend wedding kawan incik hubby kat jerantut, pahang. 
Kiteorang gerak dari umah pukul 10.30 pagi (agak lambat jugak la sebab bangun lambat plus incik hubby turun basuh kete dulu, kotor katanye..huhuu)

Disebabkan tak sempat nak breakfast kat umah, on the way nak pegi tu kiteorang singgah McD taman melati (ikut mrr2), beli breakfast dengan isi minyak skali kat petronas tepi McD tu. Tok tet tok tet kat situ je dah 20-25minit. Kiteorang budget sampai umah kenduri pukul 1.30petang sebab biasanye pengantin akan datang dalam pukul 1.30 petang kan. Little princess sangat behave masa pegi tu, kenyang makan hashbrown pastu pulak dapat nenen lama2, memang feveret dia la.hehee

Kiteorang sampai umah kenduri pukul 1.30 petang, rupanye agak lambat sebab tak ramai orang dah, kat sana kenduri habis awal.huhuu
Tapi takpe, yang penting dapat jumpa pengantin :)
Pengantin yang tolong hidang untuk kiteorang, spesel tak?hehe


Selamat pengantin baru & Semoga berbahagia hingga ke syurga

Dari timur ke kl banyak sangat kete..masa balik ni little princess kemain aktif lagi, fuhhh mencabar.
Terlebih gula agaknye sebab ana ade bagi pepero almond kat dia sebatang.hahaa


Banyak kete time baik kl :(

Sampai kl dalam pukul 5.30 petang, sempat lagi singgah Aeon Big konon2 nak jalan tengok2 luggage saiz 20' skali terjumpa sharp plasmacluster murah, diskaun rm200 ok. Ape lagi incik hubby terus on nak beli demi little princess tersayang. Nanti dah pakai ana review ok :)






Thursday 20 March 2014

Alhamdulilah..little princess makin sihat

Salam

Alhamdulilah malam ni little princess dah makin sembuh dari viral fever dan roseola infantum.

Dah nak minum air masak..dah tak nangis tanpa sebab lagi..
Tapi masih manja nak melekat dengan mummy aje.
Takpe lah anak asalkan kamu sihat.


My sweetheart..I LOVE U!

Next entry ana update kronologi little princess kena viral fever dan info pasal roseola infantum.

Good night & sweet dream :)

Sunday 16 March 2014

Little princess kena amik darah :(


Little princess dah 3hari demam suhu 39.8'C..Pukul 3 pagi tadi ana ajak incik hubby pegi hospital check darah little princess. Kawasan rumah ana dah la kawasan 'hot' denggi.huhu


Alhamdulilah result darah little princess -ve denggi.
Doktor kata little princess demam virus.sobs..sobs..
Kl jerebu teruk before ni, alhamdulilah dah 2 hari hujan turun even kejap, at least udara bersih sikit. Kalu tak jerebu masuk sampai dalam rumah :(


Semoga anak mummy cepat sembuh, nanti boleh kiss mummy banyak2 macam slalu :D


Thursday 13 March 2014

#prayforMH370


Wednesday 12 March 2014

Madu BAHAYA pada bayi bawah setahun!


Kebanyakan daripada kita percaya bahawa madu adalah makanan yang sangat berkhasiat.Namun tidak ramai yang tahu madu tidak selamat diberikan kepada bayi yang berusia bawah satu tahun.

Ini kerana madu mengandungi spora dari sejenis bacteria bernama “clostridium botulinum” yang akan menyebabkan penyakit yang sangat merbahaya iaitu “Botulism Bayi”.

Spora ini sukar dibunuh,tahan panas walaupun dididihkan untuk beberapa jam atau melalui proses penapisan.

Usus bayi merupakan persekitaran yang sesuai untuk spora ini membiak dan menghasilkan sejenis toksin.Toksin ini akan diserap masuk ke dalam usus bayi yang masih tidak matang dan menyebabkan “botulism”.

Botulism akan menyerang sistem saraf bayi dan akan menyebabkan bayi tersebut kabur pandangannya, kelopak mata tertutup sedikit (droopy eyelid) dan mengalami kesulitan semasa bernafas dan menelan air liur. Ia juga akan menyebabkan muntah-muntah, cirit-birit dan sakit badan.

Apa yang akan berlaku sekiranya bayi mendapat “botulism”?

Terdapat sesetengah kes botulism bersifat ‘sederhana’,dan sesetengah lagi bersifat ‘merbahaya’ sehingga menyebabkan kematian.Kemuncak umur untuk penyakit ini ialah 2 hingga 4 bulan.Tetapi risiko tetap ada pada umur 1 minggu hingga 11 bulan.

Secara kesimpulannya madu tidak digalakkan diberikan kepada bayi berusia bawah satu tahun.


Tuesday 11 March 2014

Motherhood