Saturday 7 December 2013

Resipi: Ayam Panggang Rosemary

Salam

Happy saturday readers!

Kadang2 bila hari2 masak sampai takde idea nak masak ape dah kan? Meh ana share satu resipi yang senang nak masak, kalu taknak pakai oevn pun takpe macam ana pakai pemanggang ajaib brand is (idaman suri), beli masa holiday kat langkawi hari tu, saiz 28cm rm39. haaa..murah kan? sape2 g langkawi boleh la borong.hehe

Ok jom kita tengok resipi ayam panggang rosemary versi simple :)




Bahan-bahan yang diperlukan:

1. Ayam - 4 ketul
2. Bawang putih - 3 ulas
3. Daun rosemary - 1 sudu
4. Black pepper - 1sudu
5. Halia - 1 inci
6. Olive oil - 2 sudu
7. Garam - secukup rasa
8. Madu - 3 sudu
9.  Ubi kentang - 3 biji
10. Carrot - 1 batang
11. Brokoli


Cara penyediaan:

1. Bersihkan ayam dan ketepikan.
2. Tumbuk halia sehingga lumat dan gaulkan dengan ayam.
3. Panaskan olive oil dan goreng bawang putih (buang kulit dulu ye) hingga kekuningan. Tumbuk bawang putih yang digoreng tadi hingga lumat dan gaulkan dengan ayam.
4. Gaulkan olive oil (yang guna untuk goreng bawang putih), black pepper, madu, daun rosemary, garam dengan ayam.
5. Perap ayam tadi sekurang-kurangnya sejam atau lebih dalam fridge
6. Kupas ubi kentang dan carrot. Potong ikut cita rasa.
7. Selepas sejam, boleh la bakar ayam bersama ubi kentang dan carrot either dalam pemangang ajaib atau oven (180'C)  sehingga masak.
Tips: masukkan brokoli waktu ayam dah hampir masak untuk menggelakan brokoli overcooked.

Happy cooking all :)


No comments:

Post a Comment