Friday, 13 December 2013

Jika Tiada Rezeki

Jika tiada rezeki anak,
Mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari anak yang liar.

Jika tiada rezeki wang ringgit,
Mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga harta dunia.

Jika tiada rezeki kereta mewah,
Mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar kerosakan yang mahal.

Jika tiada rezeki rumah yang besar,
Mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.

Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
Mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman dan terjaga segalanya.

Jika tiada rezeki jodoh,
Mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang panjang.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak dijangka.

Marilah kita Bersabar, Bersyukur, Berusaha, Berdoa dan Bertawakal 
Hanya DIA, Allah yang Maha Adil

InshaAllah, REZEKI ada di mana-mana :)

No comments:

Post a Comment