Wednesday, 29 January 2014
Monday, 27 January 2014
Kidzoona @ Aeon AU2
Salam
Last week incik hubby nak cari barang kat mr diy @ aeon au2 setiawangsa, so ana pun denga rela hati meng'offer' diri untuk ikut.hehee
Incik hubby layankan aje since dah faham wife dia ni suka bebeno berjalan :p
Masa mula sampai aeon, little princess ok lagi masih nak berdukung tapi bila dah masuk dalam mr diy lebih kurang 5 minit, mula la dia meronta nak turun, nak berjalan taknak pegang tangan.
Gaya macam dah besar ok, jalan sambil tengok barang pastu namak mummy ikut belakang lari
*pitam mummy mengejar kamu nak oii*
Dek kerana kepenatan mengejar little princess, ana bawak little princess masuk kidzoona. Alhamdulilah tak ramai kids sebab weekday kan. Bayaran masuk rm5 (weekday) & rm10 (weekend) per entry, tak kisah la nak duduk berapa lama dalam tu. Ana duduk dalam sejam sebab mummy boring little princess mainnye kejap selebihnye dia suka jalan2 pusing2 tengok2 je.
Mummy, tengok la dhiya tengah drive ni..mummy nak naik sama? |
muka takut + pelik + hairan ;p |
Masuk je kete nak balik baru la little princess mintak susu pastu terus tertido kepenatan. Mana tak penat, lepas keluar kidzoona, little princess sambung berjalan tolak troli shopping barang dapur pulak *ikut sape la suka berjalan ;p*
Friday, 24 January 2014
Maternity & Children Expo @ Midvalley
Salam
Maternity & Children Expo is back. Yeay!!
Tempat: Midvalley Exhibition Centre
Tarikh: 24 - 26 Jan 2014
Masa: 10 am - 9 pm
Sejak pregnant and now dah ade little princess, ana memang tak lepas peluang terjah expo baby.
Suka sangat tengok barang baby yang super duper cute.hihii
Kali ni, nak borong diapers since stock diapers kat rumah dah nak habis.
Ok, jom pegi reramai memeriahkan lagi suasana kat expo ni.
Jumpa esok :)
Thursday, 9 January 2014
Resipi: Sherperd's Pie
Salam
Sherperd's pie ni antara menu yang ana suka buat sebab senang dan sedap.hehee
Lepas tu, kira macam all in one..segala protein, carbohydrate semua dalam satu dish plus sambil tunggu sherperd pie masak terbakar dalam oven, ana boleh kemas dapur dulu.hihii
Resipi asal ana ambil dari buku resipi dan olah sendiri ala2 masterchef (rancangan feveret tak bole miss :D) sebab certain bahan takde kat rumah dan malas nak keluar pegi beli.
Bahan inti:
300g daging kisar
1 ulas bawang besar *
1 ulas bawang putih *
1 biji tomato *
1 batang carrot *
5 biji cendawan butang (hiris nipis)
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu kecil daun parsley kering
1/2 kiub stok ayam
2 sudu makan minyak
Garam secukup rasa
Bahan Pai:
5 biji kentang US
2 sudu makan mentega
1 sudu teh lada sulah
Garam secukup rasa
Cara penyediaan:
Inti:
1. Potong dadu semua bahan yang bertanda *
2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar sehingga wangi.
3. Masukkan daging kisar dan sedikit air. Kacau sehingga daging masak.
4. Masukkan tomato, cendawan butang, carrot, lada hitam, stok ayam dan daun pasley kering. Kacau rata.
5. Lepas semua bahan tadi masak baru masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau sehingga masak
Pai:
1. Rebus semua kentang dengan sedikit garam (ana guna kentang us anggaran masa merebus dalam 10minit).
2. Lenyekkan kentang dengan mentega dan lada sulah.
3. Masukkan sedikit kentang ke dalam bekas remekin/aluminium foil dan ratakan.
4. Masukkan inti dan tutup dengan kentang balik (kentang --> inti --> kentang).
5. Masukkan bekas remekin/al foil dalam oven (suhu: 180'C) selama 30 minit. Siap dihidang :)
Wednesday, 8 January 2014
Friday, 3 January 2014
Resipi: Sambal Ketam Bertelur
Selamat Petang
Bahan-bahan:
3 ekor ketam saiz sederhana
2 ulas bawang besar *
3 ulas bawang putih *
1 batang serai *
1 inci halia *
15 tangkai cili kering *
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap
1 biji telur (kacau sedikit)
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Asam jawa
3 sudu besar minyak
Cara penyediaan:
1. Kisar semua bahan yang bertanda * hingga halus.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
3. Masukkan sos tomtato, sos tiram, kicap dan air asam jawa dan tunggu sehinga mendidih
4. Masukkan ketam dan gaul rata
5. Perasakan dengan garam dan gula kemudian masukkan telur bila ketam hampir masak
5. Masak sehingga ketam dan telur masak.
6. Tutup api dan boleh hidangkan :)
Selamat Mencuba!
Thursday, 2 January 2014
Wednesday, 1 January 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)