Monday, 30 December 2013

LIPAN dalam bilik air!

Salam 

Sumber: Google

Korang pernah tak tengok lipan secara live? 
Ok, ana baru je 'jumpa lipan pagi tadi..rasa nak pengsan pun ade ^^

Macam ni ceritanye, pagi tadi masa nak mandikan little princess ana angkat baldi dalam bilik air tu sekali nampak bende bergerak laju..tengok2 'LIPAN' ok..rasa nak nangis time tu jugak, kelam kabut tak tahu nak buat ape..blank kejap -__-

Nak tahu ape ana buat?? Boleh ana siram lipan tu sampai masuk lubang biik air dengan air instead of bunuh je dia terus..aduiii punya la gelabah sampai tak bole nak pk dah. Pastu cepat2 call incik hubby kat office, incik hubby suruh spray lubang tu dengon ridsect (spray nyamuk tu) ana spray banyak gile sampai nak habis setin ridsect tu.hahaa.

Masa tengah spray tetiba lipan tu keluar balik dari lubang tu, automatik ana spray ridsect kat lipan. Pastu tengok lipan still gerak2 nak larikan diri. Ape lagi ana terus siram lipan masuk dalam lubang tu balik (tengok..tak bunuh lagi.huhu) Little princess dah nangis that time sebab dia nak datang dekat ana terjerit cakap jangan datang..sorry baby, mummy takut awak hidu ridsect.

Sejam ana berdiri dengan bilik air sambil dukung little princess nak make sure lipan tu tak naik dah. Sambil tu ana masak air (3 kali) and siram lubang bilik air tu dengan harapan lipan tu mati la. Lepas sejam tunggu, baru ana mandikan little princess cepat2.huhuu

 Rumah ana tinkat 3 macam mane la si lipan tu bole naik.huhuu
Maybe naik ikut lubang dalam bilik air tu ke? Sampai sekarang ana masih rasa fobia nak masuk bilik air and masih tergiang2 rupa lipan tu. Harap2 lepas takde lagi trajedi macam ni. 
Korang ade petua tak macam mane nak halang/bunuh lipan masuk rumah??? Kalau ade share la ye. Thanks!







Thursday, 26 December 2013

Review: Hand Spin Mop

Salam Readers!

Bila little princess dah pandai merangkak, apa yang ade dalam fikiran ana adalah macam mana nak make sure rumah bersih sebersihnye, kalau boleh taknak ade habuk langsung macam duduk dalam Clean Room.

Acara wajib harian adalah menyapu  dan mengemop lantai (tu pun rasa kalau boleh sapu mop tiap jam kan best..budget macam takde keje lain nak buat). Disebabkan hari2 incik hubby tengok si wife mengemop cara manual (perah guna tangan) makanya dia pun cari cara macam mane nak menyenangkan keje ana. Mula2 incik hubby tak bagi mop hari2, confirm la wife yang degil ni taknak. *maaf ye hubby sebab degil :p*

Last incik hubby jumpa Hand Spin Mop dari Cosway terus laju je dia nak pergi beli, boleh time tu ana tak bagi beli, alasan tak payah membazir, ana boleh guna mop biasa masih elok.hahaaa
Incik Hubby tetap jugak beli bagi ana konon2nye hadiah untuk ana sebab rajin mop rumah.

First time guna rasa wahhh...bestnye tak payah guna tenaga yang banyak. Nak angkat pun ringan compared dengan mop biasa masa perah. Air dah tak menitik atas lantai sebab bila perah guna tangan kan tak kuat sangat so air still ade lagi and sometimes menitik sikit bila kita bawak ke tempat nak mop. Tangan pun tak kasar lagi sebab tak payah perah kain mop tu lagi, just guna tangan untuk press batang mop tu ke atas ke bawah je. Senang kan?

Ni la Hand Spin Mop Cosway yang memudahkan keje ana seharian :)

Jom kita tengok ciri-ciri hand spin mop yang unik:

Microfibre fabric with superb water absorption allows for easy cleaning on both wet and dry surfaces without scratching floor and delicate surfaces.
With a 360-degree rotatable mop head to evenly and easily clean hard-to-reach areas in a jiffy.
Adjust the dampness of the mop according to your preference - simply press the handle longer for a drier mop.

Adjust the handle length as desired and then secure using the special locking joint.
Wringer basket can be used in a bucket, washtub, bathtub and sink.




Tuesday, 24 December 2013

Jalan-jalan di Aquaria KLCC

Salam

Awal bulan baru ni ana and my bestie, farah bawak little princess and si handsome aqeil harith pegi jejalan di aquaria klcc. Saja nak bagi dieorang learn new things, selalu keluar mesti pegi shopping je kali ni keluar tengok hidupan laut pulak.hehee..

Masa beratur nak beli tiket kemain ramai lagi orang, yang pasti semuanya bawak anak2. Masa tengah beratur panjang tu tetibe ade sorang staff datang cakap sape bayar guna credit card boleh beli tiket kat dia, farah pun ape lagi cepat2 la pegi beli sementara mood anakanda2 kesayangan masih ok nak tengok fish and we are lucky dapat staff price since din (suami fara) staff petronas. So total 4 adults rm112. **thanks aunty fara belanja ayah & mummy dhiya**

Jom layan gambar :)


Masuk2 nampak ikan piranha ni dulu, jangan cermin tu pecah dah..hahaa


Haa..nampak tak shark tu? Little princess tengok buat tak tahu je..mummy yang beriya tunjuk sorang2 :p







Overall best and fun..ana recommend parents bawak anak2 datang sini, berjalan sambil belajar :)


Friday, 20 December 2013

Dividen & Bonus ASB 2013

Salam

Semalam (19/12/13) Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 7.70sen seunit dan bonus 1.00sen seunit bagi Skim Amanah Saham Bumiputra (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 disember 2013.

Walaupun sedikit rendah berbanding tahun lepas (2012), yang penting dapat cover payment next year dan ade lebihan untuk shopping dan jalan2.Alhamdulilah :)



p/s: tak sabar untuk next holiday :D

Tuesday, 17 December 2013

Review: perubahan selepas seminggu ber'EPHYRA'

Salam

Rasa ramai pernah dengar and tahu pasal ephyra kan? Ephyra satu produk yang superb and bersesuaian dengan tagline dia 'menyerlahkan kejelitaan sebenar anda'.

Mula2 dulu ana tahu pasal ephyra lepas baca review sorang blogger, masa tu dalam hati dah tertarik tapi fikir balik betul ke? tak bahaya ke minum kalau masih breastfeed baby? Lepas tu, biar je soalan demi soalan bermain dalam fikiran sampai la one day, bestie ana ajak minum and share beli (dia pun baru nak try). Ana tak bagi jawapan kat dia tapi teruskan baca review and tengok testimoni orang pasal ephyra. At last, bestie ana beli and try dulu.hehe..(susah bebeno ana nak buat keputusan)

Sampai la last 2 weeks (hari sabtu), badan rasa penat sangat (actually memang hari2 ana rasa penat, kadang tu baru tengah hari dah penat) ana bagitau incik hubby, dia suruh ana try ephyra since bestie ana minum memang positive feedback dia. Bila dengar je green light incik hubby, cepat2 ana cari dealer area kl/selangor. Ana order trial set dulu ,tengok macam mana kesan dia, kalau sesuai baru continue. Lepas settle deal and buat payment excited sangat tunggu ephyra sampai depan pintu.hehe

Akhirnye hari yang di nanti tiba (macam countdown nak kahwin plak rasa..haha), abang posmen datang hantar parcel yang mengandungi ephyra. kalau ikut tak sabar, malam tu nak minum tapi ana tahan dulu sebab konon nak start hari baru dengan ephyra.




Masa mula bukak paket ephyra bau dia wangi..ala2 bubblegum gitu, ana bancuh dengan air sejuk memang sedap sangat, rasa oren tak masam sangat tak manis sangat,  sesedap citarasa.



Kesannye? Alhamdulilah..even ana baru minum sepeket (hari first kan) ana dah rasa kesan yang positive dalam badan. Serius ana tak rasa penat langsung walaupun buat banyak keje rumah, melayan little princess. amazing!

Sekarang dah seminggu ana ber'ephyra', ana rasa badan bertenaga, tak penat macam dulu lagi (ni faktor utama kenapa ana ambik ephyra), kulit muka rasa lembap (rasa best je pegang pipi sendiri), tak pakai pelembap dah pun takpe dan rambut ana sekarang kurang gugur, still ade yang gugur tapi kuantiti dah kurang dari dulu. kalau dulu, sakit je mata tengok lantai penuh rambut.

Ana dah order premium set tadi, yeay!! insyaAllah rabu ni sampai, lagipun stok kat ana sekarang ade lagi 3 peket cukup sampai khamis ni je. Kalau boleh taknak putus stok and nak continue minum ephyra je. Nanti ana share kesan after 1 month minum ephyra k :)


Monday, 16 December 2013

Rutin Harian SAHM


Happy monday readers!

Kalau dulu waktu kerja, hari isnin memang hari paling tak best..kalau dapat cuti hari isnin wah terasa nikmat sangat :)
Tapi itu dulu la..sekarang bila dah jadi stay at home mom (SAHM), kadang2 hari pun tak ingat jadi memang takde la monday blues kan.hahaa
Tapi kan...jadi sahm bukan la semudah abc tau, sangat mencabar.

Dulu ana kerja as PE kene masuk lab, production takpun pergi customer site yang jauh nak menapak dari parking pun tak sepenat jadi sahm. Masa little princess before 1year, dia tak suka tido siang, malam pun tido lewat. So, most of the time dia nak dukung/peluk je, manja. Tapi betul la kata orang, bila kita tengok muka si comel rasa hilang sikit kepenatan tu. Ana paling suka tengok muka little princess time dia tido rasa tenang je.

Rutin ana tiap hari bila dah jadi sahm:

- Sapu & mop lantai. Selalu ana buat waktu pagi atau malam time si kecik tido. Nanti ade masa review mop yang memudahkan keje ana hari2. 
- Masak. Ni part paling mencabar sebabnye tak sampai 1minit mummy ke dapur si kecik mesti mengikut, slalunye masak sambil dukung si kecik.
- Basuh baju. Yang ni biasa selang sehari atau dua hari ana akan basuh depend pada quantity baju yang pakai.
- Lipat baju. bila dah basuh harus la lipat kan. part ni biasa ana buat masa tengok si kecik main, kira 2 in 1 la sambil layan si kecik sambil lipat.hihii
- Kemas rumah. ana tak suka rumah bersepah, rasa stress kalau tengok rumah tak tersusun.huhu So tiap kali lepas main dengan si kecik mesti dan wajib simpan balik elok2.




Walaupun kadang2 rasa penat, ana bersyukur sangat bila dapat tengok little princess membesar dengan sihat depan mata ana sendiri. Alhamdulilah. 

Friday, 13 December 2013

Jika Tiada Rezeki

Jika tiada rezeki anak,
Mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari anak yang liar.

Jika tiada rezeki wang ringgit,
Mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga harta dunia.

Jika tiada rezeki kereta mewah,
Mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar kerosakan yang mahal.

Jika tiada rezeki rumah yang besar,
Mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.

Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
Mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman dan terjaga segalanya.

Jika tiada rezeki jodoh,
Mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang panjang.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak dijangka.

Marilah kita Bersabar, Bersyukur, Berusaha, Berdoa dan Bertawakal 
Hanya DIA, Allah yang Maha Adil

InshaAllah, REZEKI ada di mana-mana :)

Thursday, 12 December 2013

Anniversary Getaway: Gold Coast Morib

Salam

huwaa..sedih.patutnye dah siap dah entry ni, tah macam mane boleh hilang :( kena menaip semula so kita ringkaskan je la ye.malas dah nak taip panjang2.

24 oktober baru ni ana sekeluarga pergi gold coast morib sempena our anniversary yang ke dua tahun. Incik hubby book bilik 2 hari sebelum kiteorang pergi. Masa nak book tu dalam hati dah risau takut takde bilik lagi tapi alhamdulilah we manage to get the room.yihaa! Kiteorang ambik pakej include dinner sebabnye malas nak keluar jjcm kat kawasan tu. Sape2 berminat bole tengok/book dekat link ni.

Kiteorang gerak dari rumah pukul 1130, perjalanan dari kl ke morib dalam sejam setengah. Proses check in berjalan dengan lancar, lagipun weeksday so tak ramai orang. Jangan lupa request bilik menghadap theme park baru best.

Dapat je kunci bilik terus naik atas, tak nyabo nak tengok jakuzi function ke tak.haha..sebab ade baca review certain bilik jakuzi tak function. Lucky kiteorang dapat katil king even tak request masa check in.hehe. Waktu tu perut pun da berbunyi kelaparan, so kita lunch dulu dengan bekal yang mummy masak kat rumah before bertolak. Little princess asyik tengok theme park je, mummy pun ajak la dia mandi jakuzi dulu. Mula2 masuk takut2 jugak lama2 taknak keluar. Sejam jugak la little princess dalam tu, skali mummy dengan ayah pun join jugak.hahaa

Pukul 430 baru kiteorang turun pegi theme park..oh yaa, untuk in house guest dapat 2 free access to theme park boleh guna 2 hari as long as tak buang wristband kat tangan. Untuk kids pulak below 90cm free. Lebih kurang sejam kat theme park mummy ajak naik, tengok tangan little princess dah kecut. Lepas solat mandi, kiteorang turun dinner pukul 630, jalan2 kat pantai kejap. time tu little princess dah mengantuk. Makanan dinner quite ok, banyak jugak food rasa boleh tahan. Malam tu takde aktiviti just tengok tv sambil melayan little princess.

Esok pagi kiteorang turun breakfast pukul 9pagi, lambatkan? tunggu little princess bangun tido.nyenyak betul dia tido, penat sangat main air agaknye.hihii..So far, breakfast dia ok tapi kalau compare dengan dinner lagi sedap. Lepas breakfast, incik hubby bawak little princess mandi theme park lagi sekali. kiteorang check out tepat pukul 12.hihi..









Tuesday, 10 December 2013

Sepetang di Big Bad Wolf

Salam

Petang semalam ana berjaya ajak incik hubby pergi big bad wolf..yeay! Incik hubby layankan je la mana taknye selagi tak pergi selagi tu la bising nak pergi.hahaa..Nasib tak baik kiteorang stuck dalam jem lebih kurang sejam untuk jarak tak sampai 15km kat mrr2 sebab ade lori pasir terbalik.

Masa sampai miecc, rasa lega sebab tak banyak kete and parking pun senang. Masuk je exhibition hall ana terus pergi bahagian kanak2. Best sangat tahun ni banyak buku untuk kanak2, mummy yang excited tawaf 3-4 kali taknak terlepas buku yang best untuk little princess.









Ramai jugak orang even time kerja tapi masa beratur nak bayar ok je, cepat :) Ana cari buku pop up untuk little princess macam last year tapi buku pop up tahun ni kurang best (bagi ana la). Overall buku memang murah, harga start dari rm3 - rm15.


Saturday, 7 December 2013

Resipi: Ayam Panggang Rosemary

Salam

Happy saturday readers!

Kadang2 bila hari2 masak sampai takde idea nak masak ape dah kan? Meh ana share satu resipi yang senang nak masak, kalu taknak pakai oevn pun takpe macam ana pakai pemanggang ajaib brand is (idaman suri), beli masa holiday kat langkawi hari tu, saiz 28cm rm39. haaa..murah kan? sape2 g langkawi boleh la borong.hehe

Ok jom kita tengok resipi ayam panggang rosemary versi simple :)




Bahan-bahan yang diperlukan:

1. Ayam - 4 ketul
2. Bawang putih - 3 ulas
3. Daun rosemary - 1 sudu
4. Black pepper - 1sudu
5. Halia - 1 inci
6. Olive oil - 2 sudu
7. Garam - secukup rasa
8. Madu - 3 sudu
9.  Ubi kentang - 3 biji
10. Carrot - 1 batang
11. Brokoli


Cara penyediaan:

1. Bersihkan ayam dan ketepikan.
2. Tumbuk halia sehingga lumat dan gaulkan dengan ayam.
3. Panaskan olive oil dan goreng bawang putih (buang kulit dulu ye) hingga kekuningan. Tumbuk bawang putih yang digoreng tadi hingga lumat dan gaulkan dengan ayam.
4. Gaulkan olive oil (yang guna untuk goreng bawang putih), black pepper, madu, daun rosemary, garam dengan ayam.
5. Perap ayam tadi sekurang-kurangnya sejam atau lebih dalam fridge
6. Kupas ubi kentang dan carrot. Potong ikut cita rasa.
7. Selepas sejam, boleh la bakar ayam bersama ubi kentang dan carrot either dalam pemangang ajaib atau oven (180'C)  sehingga masak.
Tips: masukkan brokoli waktu ayam dah hampir masak untuk menggelakan brokoli overcooked.

Happy cooking all :)


Thursday, 5 December 2013

Happy 15 Months Sayang!

Salam

Hari ni little princess genap 15bulan ataupun setahun 3bulan.
Ana rasa masa berlalu dengan sangat pantas, terasa macam semalam baru bersalinkan little princess.

Perkembangan little princess tika ini:

- berjalan kemain laju..kat mall jangan harap nak duk dalam stroller dan dukung, meronta mintak turun siap berpusing2 badan sambil bebel ape tah.bila berjalan pulak taknak pegang tangan (gaya macam orang besar je..siap rambang mata kat bahagian chocolate tak to nak pilih mana sedap..haha)

- bercakap masih bahasa german, baru ade 2-3words yang mummy faham like yah=ayah, kut=takut, mama=mummy, hai (yang ni turu upin ipin)

- dah pandai tunjuk perasaan. kalau taknak something siap geleng2 kepala. kalau tak bagi yang dia mintak dah pandai merajuk merambu air mata menangis ok.haishh..anak2!

- jadi bodyguard setia mummy. mummy pegi dapur tak sampai 30saat, tup2 sampai dah si kecik. pendek kata mummy ke sana dia pun ke sana, mummy ke sini dia pun ke sini sampaikan sanggup tunggu mummy depan toilet.huhuu

- gigi dah ade 7batang setakat ni ok la tak mengigit sangat time feeding. ingat lagi dulu masa gigi little princess baru tumbuh,time tu dia tak.pandai control lagi masa bf memang sabo je la nipple luka,sakitnye tak terkata.sampai rasa takut nak bf little princess

- Berat masih dalam range 8kg+, kecik gitu orangnye..mana taknye little princess tak nak makan.suap la ape pun mulut tutup rapat sambil geleng2 kepala.mummy susah hati tengok anak tak makan.nasib la susu minum kuat.




Happy 15 months sayang!

Mummy doakan dhiya sentiasa diberkati,diredhai Allah swt..diberi kesihatan yang baik, dipanjangkan umur, menjadi anak solehah dan berjaya di dunia dan akhirat. Mummy sayang dhiya selalu..u r always my baby!


Wednesday, 4 December 2013

Big Bad Wolf Book Fair

Salam

Big Bad Wolf Book Fair is back!

Date: 6-15 Dec 2013
Venue: MIECC @ The Mines

Discount up to 95% 



Sunday, 1 December 2013

Teaser


we are here today :)