Salam
Apa khabar semua? Semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera.
Sekarang ana dekat penang, my sweet hometown..balik sini hari isnin, esok petang dah nak balik kl balik..tak seronok..tak seronok :(
Malam ni malam last dekat sini, tak dapat tido so kita update la blog.hihi
Entry kali ni lebih kepada luahan perasaan ana yang rindu sangat dengan tanah kelahiran sendiri.ececee..ayat tak boleh tahan :p
Walaupun 3 malam kat sini tapi rasa macam kejap sangat. ingat balik ni dapat la pegi pesta pulau pinang skali next week isnin (25.11.2013) baru start bukak. padahal masa duduk sini tak teringin pun nak pegi pesta, bila duduk jauh skali skala balik semua bende teringin nak buat dan pegi.
Semalam ana dan family just jalan2 kat gurney paragon (mall baru bukak kat penang), nak balik singgah makan mee sotong kat padang kota lama yang memang sedap.Sape2 datang penang mesti p try mee sotong ni k..bukak setiap hari kecuali ahad.
Hari ni pulak plan nak bawak little princess main laut plus incik hubby nak main layang2 skali bila sampai batu feringgi hujan.sobsob..terbantut program tapi takpe la hujan kan rahmat.hehe..Pastu ape lagi kita pegi jjcm kat area situ. Dek kerana teringin nak makan laksa maka kita cari tempat laksa sedap (kedai depan tropical spice garden) Ana siap makan 2 mangkuk lagi, al maklum la setahun pantang laksa lepas bersalin hari tu. Harap2 la little princess ok malam ni.risau jugak dia kembung perut ke ape since little princess masih fully breastfeed. Lepas tu, kiteorang gerak g bukit jambul sebabnye adinda tersayang terketaq nak handphone baru.huhuu
Program esok sebelum balik nak singgah sunshine square shopping baju little princess, dekat situ baju murah plus cantik.brand pun ok macam pureen, anakku etc. So kalau balik penang memang antara tempat wajib pegi sunshine square untuk shopping.hehee
Sedihnye nak balik esok..rindu family rindu penang yang best..semoga kita ketemu lagi ye.insyaAllah awal tahun depan balik lagi :) Ok la, nak pegi tengok budak manja, nanti jaga mummy takde sebelah nangis merambu airmata.huhuu
Gud nite and sweet dream all!